Wednesday, November 11, 2020

Podehnya Lado

Podehnya lado, sudah lah tentu. Kalau tak podeh tak dinamokan lado. Podeh atau pedas memang satu ungkapan yang biaso didengar dalam masyarakat melayu di Negeri Sembilan. 

Lado Api Kampong Negori.
Masakan lemak cili api tiadalah akan terhasil tanpa lado api atau cili api sebagai bahan utamanya. Jadi,masakan lemak cili api tidaklah begitu menjadi tanpa lado api kampong yang tulen. Kerana masa ini, terlalu banyak jenis cili api yang ditanam, malah hybrid cili api yang berbagai melenyapkan ketulenan rasa dan enaknya masak lemak cili api orang negori. Cili akar, cili Kulai,cili Sabah dan banyak lagi tidaklah sama dengan cili api kampong di Negeri Sembilan. Orang negori tulen begitu mudah tahu beza cili2 yang digunakan hanya dengan rasa masak lomak cili api. Jadi cili akar dan yang selain cili api kampong orang Negori dapat dirasa "tenggi gulai" atau "tonggi" kata orang Negori. "Raso eh ambar jo" maknanya tak ori lah tu. Kalau ada bawang merah juga bawang putih lagilah tak kena dengan "masak lomak cili api". 
Kalau dikampong, orang negori sudah pasti menanam sepokok dua cili api kampong. Kalau nak dapatkan cili kampong "original" pergi lah ke Pekan sehari Batu Kikir, melambak lado api kampong.

Malah nama "podeh" pun di abadikan pada sebuah pekan kecil dan kampong yang terletak didaerah Rembau.

Pekan Pedas  aka Podeh.
Pekan Pedas atau lebih dikenali sebagai "Podeh" oleh orang negeri terletak sekitar 20 km dari Bandaraya Seremban arah selatan. Pekan "Podeh" bolih di datangi melalui pelbagai arah, kalau dari utara-Bandaraya Seremban,Kuala Lumpur  terus gunakan lebuhraya PLUS dimana ada persimpangan keluar ke "Podeh". Kalau dari Bandaraya Seremban atau sekitarnya bolih juga ikut jalan lama Seremban -Tampin. Kita akan sampai ke pekan "podeh", salah satu pekan kecil dalam Daerah Rembau. Chembong pula kawasan perindustrian serderhana besar pula terletak sekitar 1 km dari Pekan Podeh. Ramai yang tak tahu di Chembong terletak kilang terbesar Syarikat Perusahaan Antarabangsa "Nestle" di dunia untuk jenama "Milo".

Kilang Milo Nestle terbesar di dunia.
Wet World - Air Panas Pedas.
Pekan Podeh juga terkenal dengan "Kolam Air Panas" dan menjadi pusat riadah dan taman tema Air yang popular di Negeri Sembilan malah sehingga ke Kuala Lumpur. Selalu ramai pengunjung pada hari2 cuti umum dan hujung minggu. Kolam Air Panas, dengan pelbagai rupa bentuk pancuran air amat di sukai oleh anak2. 
Ramai orang mengakui kebaikan  mandi dengan Air Panas, hasil endapan berlerang dikawasan ini, untuk terapi penyakit kulit dan lengguh2 sendi. Datanglah, tak jauh pun dari Kuala Lumpur.


Wednesday, May 29, 2019

Ulaman Buah Jering

Ulam-ulaman yang dimakan oleh orang dulu-dulu bukan hanya dari daun-daunan atau pucuk pucuk kayu sahaja. Apa sahaja jenis pucuk dan daun2 kayu yang ada rasa asam,manis atau masin akan menjadi ulaman2 segar ketika makan sebagai bahan cerna dan pembuka selera.Khasiat ulam-ulaman memang terbukti kebaikannya kepada kesihatan tubuh badan. 
Pada tahun2 50'an,60'an sehinggalah tahun 80'an sumber ulam-ulaman memang senang didapati dengan cara mencari sendiri didalam hutan dipinggir kampong2 atau didalam kebun getah dan mudah pula dibeli dipasar-pasar  pagi. Pada masa itu, orang kampong berjualan dipasar-pasar pagi atau pekan sehari (pekansari - pasar jualan pada hari2 tertentu disebuah kampong,mukim atau pekan kecil yang berdekatan. 
Di pasar sebeginilah kita dapat membeli pelbagai barangan keperluan dapur juga barang2 lain.


Pada masa itu mendapatkan ulam-ulaman mudah dan murah. Kalau yang rajin bolehlah mencarinya dihutan atau kebun2 getah dipinggir kampong yang tentunya percuma dengan bermodalkan usaha,rajin dan sedikit tenaga juga masa.

Jering antara buah ulaman yang digemari oleh orang2 kampong,sebagai pembuka selera serta mendapat khasiat secara alami. Walaupun pada masa itu, memakan ulaman jering hanya umum digemari kerana khasiat serta ulaman dimakan dengan makanan yang lain. Tidak ramai orang kampong yang tahu secara berilmu tentang kebaikannya melalui kajian sain sekarang ini, hanya pesan dan ungkapan dari orang yang lebih tua, memberi tahu akan khasiatnya dan juga cara memakan dan pantang larang menurut nasihat tradisi turun temurun.  
Jering Muda
Orang2 dahulu berpesan lebih tua jering lebih sedap dibuat ulam dan banyak khasiatnya. Jering tua boleh makan dan juga dimasak dengan banyak cara. Selalunya jering yang tua dan hampir cambah lagi sedap dibuat gulai atau sayuran yang dimasak. Lagi kuat baunya lagilah sedap dimakan. 
Memanglah pada masa sekarang amat berbeza, orang2 muda mungkin tidak mahu memakan jering kerana buangan cernaan memakan jering sangat kuat baunya bila kencing. Maka gaya hidup anak2 zaman sekarang agak payah menerima hakikat bau hancing jering. Maklumlah gaya hidup moden dan gaya pergaulan dikalangan orang2 sekarang berbeza. Jering yang boleh mencemarkan bau harum tandas dalam rumah dan bau mulut yang menganggu rakan2 sekeliling menjadi satu sebab jering dijauhi. 

Umumnya orang2 lama tahu hakikat dan kenyataan ini. Jering yang banyak khasiat dikesampingkan kebaikannya demi gaya hidup moden. Jadi tidak heranlah kini penyakit bercambah sebagaimana jering yang cambah. Walaupun umum mengetahui akan khasiat jering seperti melindungi penyakit kencing manis, darah tinggi, serat yang tinggi baik untuk usus dan meningkatkan imuniti tubuh badan, namun memakan jering berlebihan juga ada bahayanya mengikut pesan orang dulu2. Bagi mereka yang belum biasa dengan ulaman jering,eloklah memakan jering2 muda, kerana jering yang sudah tua mengandungi kadar asid-adjenkolik  yang tinggi dan boleh menjejaskan fungsi buah pinggang yang lebih dikenali pada zaman dulu sebagai "jerat jering". Bagaimana pun kebaikan jering jauh lebih banyak dari keburukannya, cuma sikap serderhana itu amat penting, memakan apa sahaja yang berlebihan memang membawa mudarat. Memakan 1-3 biji jering pada setiap kali waktu makan sudah memadai bagi kita menafaatkan kebaikannya untuk kesihatan.

Jering Basau - Jering Canbah
Yang sering dimasak sebagai lauk adalah jering yang basau atau cambah. Pelbagai resipi masakan digunakan. Yang paling popular - jering dimasak lemak lado api. Ada juga jering dimasak sambal dan ada yang dihiris halus untuk dimasak dalam pelbagai cita rasa.

Jering adalah ulaman pilihan orang kampong dimasa dahulu, sebagai sumber khasiat untuk tubuh badan. Yang mana masa dulu-dulu jering juga menjadi masakan pilihan bila musim buah jering tiba. Mempelbagaikan jering menjadi masakan atau sayuran yang di olah dengan bermacam rupa masakan.

Jering Masak Lemak Cili Api
Jering Masak Sambal
Masih segar dalam ingatan, emak menjadikan jering sebagai  sayuran juga lauk. Emak saya selalunya memasak jering lemak lada api.Emak saya mengupas jering yang agak tua, lalu dilonggokan di pangkal rimbunan pohon pisang yang mana tanahnya agak lembab. Setelah lebih kurang seminggu jering mula cambah,akar dan anak mata tunas mula kelihatan. Jering ini dipungut kembali dan dibersihkan. Arwah emak akan menumbuk setiap belahan jering hingga retak,ini bagi melembutkan jering. Kadang2 jering dibuat sambal dengan menghiris nipis buah jering. Kalau yang muda elok dibuat ulaman segar.

 

 

Saturday, May 18, 2019

Gelugur dan Pasar Seremban.



Pasar Seremban sekitar tahun 50'an dan 60'an.


Ahad lepas,awal pagi lepas solat subuh terus pergi pasar besar Seremban. Pasar ini baru lagi terbakar dibahagian atas. Hanya bahagian lantai bawah saja yang masih ada lagi mereka yang berniaga. Kalau tak silap ini kali kedua Pasar Besar Seremban ini terbakar dulu sekitar tahun 80'an. Mencari sayur-sayuran menjadi  keutamaan bila ke pasar yang bagi saya  adalah ke mestian  ada pada waktu makan. Malangnya sekarang ini, anak2 kurang makan sayur.

Pasar Besar Seremban dulu asal tapaknya  terletak diatas tanah..yang kini terdiri bank CIMB juga bangunan komersil 3 tingkat yang juga pun sudah lama usianya.  Pasar Seremban hanya bangunan yang didirikan dari batu dan papan dan beratap zink. Itulah satu2nya pasar yang terdapat di Seremban. Pada tahun 50'an dan awal 60'an Pasar Seremban memang sibuk dan sempit. Namun Pasar Seremban ini menjadi tumpuan orang ramai dan semua kaum yang berbilang bangsa dan keturunan berbelanja disini untuk membeli keperluan dapur, daging, ayam, ikan serta barangan basah yang lain.

Para peniaga Pasar Seremban di monopoli oleh bangsa Cina, namun ada juga orang Melayu yang dari suku Minang, Mendailing juga bangsa India. Suku kaum dari Bangsa Melayu selalunya menjual hasil kampong dihasilkan oleh orang2 kampong sekitar pinggir Bandar Seremban. 

Pada tahun2 60'an saya selalu di bawa oleh arwah abah kesini untuk membeli barangan basah jika ke Seremban. Walaupun kami tinggal di Ulu Jempol, daerah Kuala Pilah, arwah abah yang mempunyai kereta sewa, selalunya akan mengajak saya mengikuti dia ke Seremban bila ada penumpang yang mahu kesana.

Masih teringat arwah abah akan singgah di Pasar Seremban membeli barangan basah sebelum pulang ke Ulu Jempol atau Kg Padang Lebar yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Kuala Pilah. Ikan tenggiri, kembong dan ikan merah menjadi pilihan arwah abah untuk dimakan oleh kami sekeluarga.  Jangan pula anggap ini ikan2 mewah, harga ketika itu memang murah sekitar Dollar Malaya RM2 hingga RM5 sekati. Jauh lebih murah dari Pasar Kuala Pilah yang terkenal dengan harga barangan yang mahal. Sehingga kini pun Pasar Kuala Pilah terkenal mahal barang2 yang dijual.. Yang murah emas sahaja di Kuala Pilah.

Berbalik kepada suasana Pasar Seremban pada tahun-tahun  itu memang banyak pengalaman yang ditimba dan barang jualan yang bermacam jenis dan rupa, Pada masa itu barang2 basah yang dijual terlalu banyak pilhan, dari benda2 yang biasa sehingga jualan barangan yang pelik dan mengelikan. 



Terutama jualan barangan yang halal atau haram dimakan agak payah di kenal pasti. Itu sebab arwah abah hanya membeli bahan makanan hasil laut atau sungai sahaja. Masa itu ayam2 adalah dari hasil ternakan orang2 kampong melayu dipinggir Bandar Seremban juga dari ayam2 yang diternak oleh penduduk kampong cina dari Rasah, Temiang, Mambau dan Rahang sahaja.

Yang uniknya Pasar Seremban ketika itu menjual bahan2 daging dari pelbagai jenis binatang,yang di kira eksotik  yang digemari oleh mereka yang bukan orang Islam seperti, labi-labi, biawak, ular, babi hutan , tikus mondok  juga landak, daging rusa liar, pelanduk dan macam2 lagi lah. Bagi yang tidak biasa dengan bahan daging dari binatang liar yang pasti haram dimakan akan termuntah melihat daging biawak,ular dan tikus mondok.


Kalau di Pasar Besar Seremban, masih ada juga sayuran2 kampong dijual. Kalau sayur kampong seperti daun gelugor, maman, pucuk paku, keladi sulur, pegaga, pucuk ubi, pucuk keledek, terung telunjuk, nangka muda malah rebung pun masih ada dijual. 


Pohon Gelugor .


Selalunya dijual oleh orang Mendailing (Yang Islam di namakan Mendailing/ Yang kafir dinamakan Batak)*.Ramai anak2 tak tahu bezanya. Asal mereka dari sekitaran Danau Toba di Sumatera Tengah dan Sumatera Timur. Kalau di Malaysia, ramai Mendailing tinggal di Negeri Sembilan dan di Hulu Langat, Kelang, dan Beranang.  Mereka pakar menanam sayuran kampong dan pandai berjual beli. 

Suku Mendailing ini ramai berdekatan tinggal dengan mereka dari suku2 Minangkabau..macam kitalah yang asal nenek moyang kita dari Sumatera Tengah dan Sumatera barat. Kita yang telah lama keberadaan di Negeri Sembilan berbahagi kepada suku2 yang dua belas. Yang mana suku2 yang dua belas ini mendatangi Tanah Semenanjung jauh lebih awal - seumpama berpindah membuka tanah baru, kerana Semenanjung ini sebahagian dari tanah daratan Nusantara. ( Bab Tanah Nusantara ini pun ramai anak2   kita tidak tahu- nantilah kalau ada masa terluang kita boleh cerita lagi bab salasilah melayu ini).

Berbalik kepada cerita mencari sayur kampong, ikan dan daging di Pasar Besar Seremban ini, ingat pulak akan masa dulu2 sekitar tahun2 60'an dan 70'an. Pasar Besar Seremban dekat dengan pasar karat yang diadakan pada setiap hari Ahad. Bukan apa , pasar karat ni ada sebab menariknya. 

Yang nanti dengan melihat barang2 yang dipamirkan dapat mengimbau masa lampau. Memanglah pasar karat hanya ramai dikunjungi orang2 lama sahaja. Pelbagai barang yang dipamirkan, barang lama, barang2 tua macam saya dan ada juga barang terpakai yang lain. Orang sekarang tak panggil "terpakai" atau "second hand" lagi. Sekarang di panggil "Pre Loved". Canggih bahasanya, tapi boleh keliru juga. Kalau dalam bahasa inggris pre loved - pre owned or second hand. Jadi tak da beza pun. Tapi bunyi sedap sikit - tak lah nampak second hand sangat.kan atau terpakai, .pandai orang sekarang.

Tidaklah saya nak cerita tentang barang-barang yang dijual dipasar karat. Memang banyak cerita disebalik setiap barang2 "pre-loved" yang dijual. Apa yang saya nak cerita ialah tentang masakan gulai lemak cili api. Umum tahu itu cara masakan orang negeri yang tak boleh tak ada. Saya juga, itulah masakan yang menjadi pilihan utama. Kalau setakat masakan moden dan cara orang muda masak sekarang ni saya tak heran pun malah kata orang negeri "tak tokoliur den do". 
Buah Gelugur yang cukup masak untuk dihiris untuk dijadikan bahan gulai lomak atau dikering menjadi Asam Keping.

Kali ini nak cerita masakan yang dijodohkan dengan daun-daunan juga buah-buahan. Yang mana keduanya dari pokok yang sama dan dijadikan jodoh memasak gulai ikan atau daging yang disalaikan. Bagi buah gelugur yang sudah matang dihiris nipis untuk di jadikan "asam keping" atau " asam kering" yang dugunakan dalam masakan-masakan di Negeri Sembilan.
Asam Keping pun dah mahal.

Itulah Gulai Ikan masak lemak cili api dengan rencah daun gelugor  atau dengan rencah buah gelugor. Tahun2 60;an pokok gelugor besar2 macam pokok durian, selalu didapati dalam kawasan kebun getah.


*sumber/https://lembagaadatmandailingmalaysia.weebly.com/kuala-lumpur-siapa-punya.html

Saturday, September 2, 2017

Dapur Minyak Tanah - Dapur Kayu

Tiada nilai sebenar..hanya nilai satu koleksi dan nilai estestika bagi mereka yg tahu menilai...terpulang kepada yang pernah mengalami serta menyelusuri kehidupan semasa mengunakannya.  Dapur minyak tanah jenama kupu2 atau "butterfly" ini amat popular pada tahun2 60'an sehingga awal 70'an. Jika anda ada ketika itu, mungkin anda telah berumur lingkungan 50'an atau mungkin 60'an sekarang. Ini lebih mudah buat menilai persepsi atas nilai nostalgia dan estestikanya.

Dapur Minyak Tanah - Cop Kupu2 "Butterfly"  satu Tungku,
 Secara umumnya...tahun2 60'an sehingga awal 70'an..adalah satu dekad masa yang sukar dan susah di Malaya. Selepas merdeka 1957 hingga 1963 masih Malaya lagi. Kehidupan memang perit, hampir semua yg tinggal diluar bandar menamam padi, dan bercucuk tanam, Bagi mereka yang dibandar adalah mereka yg berniaga dan makan gaji dgn kerajaan. Hampir tiada kilang di bandar ketika itu. Kalau Kuala Lumpur hanya meriah dgn kereta jenis dulu2 seperti Austin, Minor, Peugeot, Bluebird, Volkswagen, lori seperti bedford, luton, kebanyakannya dari eropah. 

Kalau dapur, yang ini amat popular dikawasan luar bandar dan berek2 kerajaan bagi pegawai rendah kerajaan.  Yang berpangkat dalam kerajaan selalunya disediakan secara percuma, jenama seperti, Lux, Electrolux, Zanussi, Kelvinator, Eropa, Philip, itu yg ada selalunya dijana elektrik.

Dapur minyak ini hanya untuk kakitangan rendah, yang dijana dengan minyak tanah. Dulu minyak tanah walau pun di import harganya cuma 10 sen sekati atau sebotol besar -berat isi dalam kandungan 1 liter sekarang. Namun dikira mewah jika dapur ini digunakan dikawasan luar bandar. Cuma ini memberi sedikit keringan buat ibu atau emak yang memang tugasnya memasak. Itu pun kalau anak tidak ramai, kerana sukarnya mencari nafkah memiliki dapur minyak bolih dikira keluarga itu agak sedikit senang. Namun jika anak2 nya ramai..perlu masak lebih ...dapur kayu tradisi masih juga diperlukan. Harga ketika sekitar Malayan Dollar 40 bagi satu tungku dan sekitar Malayan Dollar 70-80 bagi yang dua tungku. Itu pun dikira mewah dan mahal. Nilai wang memang besar pada dekad itu, namun wang begitu sukar diperolihi. 

Jenis 2 Tungku, yang emak pakai dekad awal 60'an. Tetap juga jenama Kupu2
"butterfly" 
Bagi ibu saya, dapur ini sekadar ' nampak ada sahaja", kami ,mengunakan jenis yang "berkembar" ada dua tungku dan botol minyak letak ditengah2.

Ibu atau emak saya lebih selesa dgn dapur kayu biasa. Maklumlah anak ramai, pagi kesawah kalau tak kebun, selalunya, sambil membersih kebun, kami mencari serta memungut dahan2 pokok getah yang kering atau mati, untuk dibawa pulang dijadikan bahan membakar untuk memasak.Hanya menjadi perlu bila tiba musim hujan, walaupun bahan bakar seperti kayu ada juga dikumpulkan dibawah rumah..namun bila musim hujan atau tengkujuh yang berpanjangan simpanan yang dibuat tidak cukup. Dapur minyak tanah inilah yang dapat memberi sedikit keringanan.

Namun dapur kayu tetap juga menjadi pilihan jika tinggal di kampong.
Yang membuat dapur ini begitu dekat dengan hati, kerana sayalah yang selalu membersihkan, membaiki, malah mengecatnya bila ada karat2 mula timbul. Arwah emak begitu memahami diri saya, yang sememangnya - "lesek tangan" atau dikenali yang suka dengan kerja2 membaiki dan selenggara apa sahaja alatan ketika itu. Saya lah "handyman" dirumah ketika kecil sehingga remaja ketika berkesempatan dekat dengan keluarga. 



Itulah antara kenangan pada dekad2 60'an dan 70'an. Pada mereka yang masih ada dapur minyak tanah ini, akan lebih terkesan dengan kenangan lama, kehidupan yang merencah kedewasaan, mengenal erti kepayahan dalam menerusi kehidupan dinegara  yang baru  merdeka. Jadi tiada nilai sebenar dengan dapur tanah ini...terpulang bagi sesiapa untuk menilainya. Bagi saya sudah pasti tidak menjualnya....biar dilihat anak2 cucu...payahnya emak dalam membesarkan anak2... bermain api dapur minyak tanah, berjelaga hidung dan campur baurnya bau gulai masak lemak cili api dengan asap minyak tanah.

Antara kenangan zaman remaja.

Thursday, October 22, 2015

Selain Musim Panas,Musim Tengkujuh kini ada Musim Jerebu.


Masa sekarang memang jauh beza dari masa sekitar 50- 60 tahun dahulu, tak ada musim jerebu yang sedang kita semua hadapi sekarang. Sudah hampir 2 bulan kita alami musim kerebu, saban tahun, cuma tahapnya yang berbeza. Jerebu tetap datang setiap tahun sejak satu dekad yang lalu. 

Dari mana datangnya jerebu, mengapa dan bagaimana? Memang agak payah juga nak terangkan...kerana tak banyak maklumat tentang mula berlaku jerebu.Yang kita tahu akibat pembakaran hutan, juga disebabkan tanah gambut yang luas diselatan Pulau Sumatera dan juga dari kepulauan Borneo bahagian Indonesia, Wilayah Kalimantan.

Ini nama nya "Memerun"
Banyak sebab dan penyumbang mengapa kawasan ini selalu terbakar dan mengeluarkan asap yang kemudian menjadi jerebu, yang ditiup angin kemana sahaja.Macam negara kita, negara lain pun nak kedepan juga dalam pembangunan dalam segala hal. Pada dekad 60an - 80an Malaysia pun macam tu juga, suka membakar, memerun kata orang dulu2. "Memerun" tu macam membakar secara besar-besaran untuk membuka tanah baru untuk tujuan pertanian. Cuma dulu..buka tanah baru taklah banyak. Felda pada masa dahulu pun buat juga kerja "memerun" ni. Tetapi pada skala kecil sahaja..dan berperingkat-peringkat untuk membuka tanah baru,buat ladang getah dan sawit sebelum diserahkan kepada peneroka-peneroka untuk diteruskan usaha kerajaan pada masa itu. 

Sekarang cuma berbeza, penanaman semula dibuat lebih teratur, tiada pembakaran dibenarkan...batang sawit tua dihancurkan guna mesin dan dibiarkan mereput menjadi baja organik. Jangan tak percaya...tetapi bagi saya...kerana tak ada  apa yang hendak dibakar dan diperun. Misalnya...kayu getah..tidak ada lagi pekebun kecil nak bakar, terutama batangnya ada harga ...beribu2 harga seekar untuk batangnya sahaja. Cuma yang perlu dibakar ranting2nya. Kalau dulu pun tak dibakar juga, cuma dijadikan bahan api untuk memasak kerana itu ada dapur kayu. Bukan dapur tu dari kayu...tapi kayu getah tu yang jadi bahan sumber tenaga untuk memasak lauk pauk.
Kebakaran tanah gambut - Kalimantan.
Dulu2 kalau ada dikampung itu pekebun getah nak tanam semula, ramailah orang2 kampung datang ambil percuma kayu getah untuk dibuat bahan bakar. Batang getah muda dipotong-potong dan dibelah pakai kapak seterusnya dijemur kering sebelum disimpan. Itu sebab tak ada bab "memerun" yang berlebihan.

Sekarang memanglah susah nak tengok kayu getah jadi bahan api, rumah dah cantik lagi moden, pakai kayu getah untuk bahan bakar "berjelagalah" rumah. Rumah batu pulak tu..memang tak ada pun, mereka yang tinggal dikampung pun tak guna kayu getah  sebagai bahan api.Semua dah pakai dapur dengan bahan bakar gas asli. Yang pasti lebih mudah dan bersih, lagi pun hidung tak "berjelaga" dan muncung pun tak panjang nak tiup bara kayu api supaya marak.Lebih lebih ramai orang asal kampung dah duduk dibandar-bandar dalam taman2 perumahan jadi mana ada dapur kayu lagi.

Sumber kayu dari pokok getah sudah ada nilai ringgit pulak, buat perabut dan pelbagai benda lain.Itu lebih menguntungkan pekebun atau pemilik ladang getah. Sama juga dengan pokok kelapa sawit, orang dulu kata kelapa bali dimana batangnya diproses buat "papan lembut" - "soft board" lah tu agaknya atau "chip board" dijadikan papan lapis, daunnya diproses jadi makanan ternakan dan lidi daun jadi penyapu. Jadi mana sempat nak " memerun" eh... membakar.

Ada tidak sumber jerebu dalam negara dari pembakaran batang padi disawah-sawah dibahagian utara Semenanjung. Tak taulah masih ada lagi atau tidak? 

Berbalik kepada musim jerebu yang kita sedang hadapi sekarang ini, sebelum datangnya musim Tengkujuh atau musim hujan pada November hingga March setiap tahun, terimalah musim terbaru ciptaan manusia ini. 
Kebakaran tanah gambut di Selatan Sumatra.
Kita juga berlaku jerebu disebabkan kebakaran tanah gambut diKelang, Lama juga masa yang ambil untuk memadamkannya. Tanah gambut yang luas dikepulauan Indonesia seperti di Sumatra Selatan dan Wilayah Kalimantan sangat subur dah mudah dikerjakan untuk dijadikan ladang-ladang besar untuk menanam pokok sawit atau getah. Terutamanya pokok sawit...kerena tanah gambut yang sifatnya tidak begitu sesuai untuk banyak tanaman, terus terbiar sekian lama.Pokok2 serderhana keras dan keras yang banyak tumbuh meliar tumbuh dan mati sejak sekian lama, jadi lapisan pokok-pokok yang telah mati dan mereput terus mendap dan ada yang ditutupi tanah bila musim hujan dan yang berdekatan dengan laut bila air pasang besar. 

Kawasan tanah gambut sememang rata dan luas dan nilaikan sebagai aset yang rendah. Inilah yang menyebabkan tanah2 gambut dan paya menjadi rebutan, syarikat-syarikat besar dan sederhana juga peneroka kecil untuk dijadikan ladang tanaman sawit. Setelah parit2 digali bagi mengering kawasan tanah gambut...lapisan pokok mati yang tertimbus tanah menjadi kering dan begitu mudah terbakar.Tetapi kebanyakannya sengaja dibakar bagi memudahkan kerja2 "tebus tanah" atau membuka kawasan tanah baru untuk dijadikan ladang2 sawit dengan kos yang rendah. Kerana dari bulan Mei hingga Oktober sememang musim kemarau dan panas yang memudahkan akitiviti pembakaran pada kos yang rendah tanpa memperdulikan risiko dan kesehatan manusia.

Indonesia yang kita semua tahu ingin juga meningkat maju dan ingin menjadi pegeluar minyak sawit terbesar dunia. Jadi ramailah perlabur luar Indonesia yang datang untuk membuka ladang-ladang baru dan termasuk juga yang datang dari Malaysia.

Apa pun inilah yang saban tahun datang musim jerebu yang sudah pasti menjadi keresahan rakyat, disebabkan cuaca yang kurang sihat menjejaskan aktiviti rakyat, kesihatan dan pencemaran yang teruk yang menjejaskan mutu alam sekitar. Meningkatnya perbelanjaan untuk perubatan dan menghadkan aktiviti luaran.
Membakar menjimatkan kos-ingatan kapitalis.
Jerebu ini adalah musibah baru sifatnya yang kita hadapi semua sekarang ini. Pencemaran udara dan alam sekitar telah lama berlaku atas alasan pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Negara-negara barat adalah peneraju utama pencemar alam sekitar dan kualiti udara. Ini berlaku sejak zaman revolusi inudstri lagi. Selain dari pembukaan hutan dibarat, perlombongan bahan galian  untuk pelbagai gunaan industri dan penghasilan uranium sebagai bahan utama penjana tenaga nukliar. Malah penjana tenaga nukliar untuk menjana tenaga letrik sebagai sumber tenaga bahan api untuk kegunaan domestik tetapi untuk membina dan memajukan teknologi pertahanan.

Jadi kalau kita halusi dengan jujur, semua ini dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Kerakusan tangan manusia dalam mencapai cita-cita kemajuan dan sikap kapitalis dan keuntungan semata, manusia sanggup merosakan bumi ciptaan Allah SWT ini. 

Inilah kebencian yang difirmankan Allah SWT, terhadap mereka yang melakukan kerosakan dimuka bumi ini. Sebagai mana firmannya pada ayat2 berikut.

Tetapi yang pasti manusia tidak perduli...cuma kita wajib muhasabah diri...Bencana dan musibah akan melanda semua bila bala diturunkan Allah SWT. Bukan hanya mereka yang menyebabkan musibah kerebu yang akan diberi bala...tetapi manusia lain juga akan ditimpa bala bencana. 

                        وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan".

QS. Al-Baqarah [2] : 11
 وَإِذِ ٱسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ فَقُلْنَا ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْحَجَرَ ۖ فَٱنفَجَرَتْ مِنْهُ ٱثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ ۖ كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ مِن رِّزْقِ ٱللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan
QS. Al-Baqarah [2] : 60
Allah SWT  JUGA MAHA TAHU.

Saturday, January 24, 2015

Tak ado boreh, Ubi pun jadilah poyonda porut.



Cerita lama Tok, orang sekarang mana suka makan ubi lagi. Ubi kentang boleh lah, lagi sedap "french Fries" dari ubi kayu,....kentang boleh buat "mash potato" , kentang lenyek, dan banyak lagi.

Tak banyak mano pun, itu jo lah yang orang sekarang tahu, ubi kayu tu nak buat apa? Buat kerepek yo lah, Tak po, apo nak kato lah...Cubalah rebus ubi kontang minum dengan kopi O paneh...apo macam? boleh tak agaknya...dari raso kentang dan kopi panas..ado kesesuaiannya tak? Itulah mano nak samo minum kopi O paneh dengan ubi rebus dan dicecah dengan kelapa parut lagilah sodap.
Ubi Kayu yang baru gali keluar.
Ubi kentang selain dilenyek dan di potong memanjang, hanya boleh dijadikan "Fries" je. Jejari kentang goreng.  Apo laei boleh dibuat dengan ubi kentang? Jadi rencah gulai, gulai kari, gulai kurma, gulai lemak cili padi. itu sahajalah... Ni yang orang barat suko makan, kentang lenyek atau Fries. Tak kreatif mano pun hidangan yang dapat dibuat dengan ubi kentang.
Ubin Rebus Poyonda Poyonda Porutt Zaman Dulu.
Dahulu, zaman dulu-dulu rebus ubi kayu menjadi teman kopi O bila minum petang atau pagi. Ubi kayu banyak ditanam sekeliling rumah. 5-6 bulan selepas ditanam, dapatlah kita hasilnya. Ubi kayu sungguh senang ditanam  cucuk sahaja, In shaa Allah. hidup, lebih lagi kalau musim hujan.  Ubi kayu bagi kami dikampong waktu zaman belum merdeka banyak sangatlah digunakan. Macam2 jenis masakan yang dibuat dari Ubi Kayu.


Jadi siapa yang lebih kreatif  untuk memasak ubi kayu dalam pelbagai makanan dan kueh mueh. 
Yang paling asas dan paling mudah di kendalikan , Ubi Rebus lah, makan dengan kelapa parut. Memang itulah yang terbaik pada waktu petang dijadikan hidangan snek dengan air kopi. Ada juga yang lebih suka makan ubi rebus dengan sambal dan gula..

Asam Rebus Ubi Kayu
Banyak lagi kurnian Allah Subhanahu Wa'taala dengan ada nya ubi kayu pada zaman-zaman 50'an hinggalah ketahun-tahun 60 an. Ubi kayulah menjadi poyonda perut , baik untuk minum pagi dan minum petang.


Kalau tak ado pun lauk, ubi jadikan lauk dan sayur. Ubi kayu di buat asam rebus. Tak tahulah biasa ke tidak orang muda sekarang dengan masak ubi kayu asam rebus. Kalau kena caro buatnya, kuahnya bukanlah main sedap dihirup.

Bingka  Ubi
Talam Ubi
Lopek Ubi, adao raso , ado rupo
Yang ini lagi lah sodap kalau dijadikan kueh, Dulu arwah omak, paling lah pandai dan sodap sekali buat lopek ubi... lopek atau lopeh... sekarang ado juga sekali sekalo orang buat , jual di pasar tani atau pasar malam....tapi raso dan rupo amat jauh bezanya. Kalau ado pun rupo eh.. pucat yo...rasanya lagi lah macam2....lopek ubi yang patutnya manis jadi lomak masin...memang tak kena gaya. Dulu arwah emak buat jauh beza dengan yang ado hari ini. Rupanya  ado...merahnya ..merah gulo anau...raso memanglah tobaik...sari gula anau nun jauh menyerap dalam serat ubi kayu. Meleleh gula anau yang kasar-kasar tu masuk ke mulut.




Macam mana tak sedap cara orang dulu2 buat, semuanya dengan kederat tangan je, tak pakai mesin..Mano ado mesen.. blenda ko processor ke.....yang saya lihat dulu,...lepas saya tolong galikan pokok ubi kayu yang banyak tumbuh keliling rumah,...saya basuh dan tolong kupaskan kulitnya. nanti lepas tu mak akan parut ubi dengan parut tangan. Selepas semua di parut, ubi yang dah berubah bentuk yang rupa macam bubur tadi diperah dengan kain putih bersih. Pengasingan air perahan yang seolah-olah tepong yang dicairkan dan ubi yang tinggal dalam kain perahan diasingkan.. Lalu digaul dengan gula anau yang dihiris halus. Di bentuklah lopek tadi di bungkus dengan daun pisang yang siap di layu .Selepas itu bungkusan lopek ubi tadi direbus dalam periuk sehingga mendidih. Bau dan aroma lopek tak dapat nak di ceritolah...saya dan adik beradik tekun menunggu sampai ia masak dan kemudian dibiarkan sejuk dulu...kalau yang baru keluar dari rebus terus hendak dimakan....locot lidah...,,,,,,,,,,,,,
Locot lidah...maknanya...boleh cedera lidah nanti sebab panas.
Macam2 lah lagi, kreativiti masakan berasaskan ubi kayu pada zaman dulu, Ubi kayu dijadikan kueh bingka...kueh talam., dibuat pengat..buat kueh kek.... buat kremis, kini dijadikan snek semacam fries ...dan macam-macam lagi dari ubi kayu.
Namun kini ubi kayu bukanlah murah dan senang didapati, malah ubi kayu kadang susah nak jumpa. Sekarang, harga hampir RM4.00 sekilo...Tahun 50 an hingga awal 70 an....kalau nak ubi pergi saja mintak kepada mereka yang menanam pokok ubi...10 sen sahaja sepokok...kalau banyak ubinya untung, kalau kurang beli lagi sepokok. Biasanya  percuma sahaja, tetapi bila ubi yang diberi dah jadi lauk atau kueh...faham-fahamlah cara hidup dikampong...hantarlah sepinggan dua kepada tuan rumah empunya ubi tadi......begitu adat berjiran, bersaudara, dan sekampong.

Ubi kayu yang kini ada harga, ...tetapi ubi kayu dizaman lampau umpama penghubung  silaturahim..beri memberi...raso..meraso...yang kini semakin pupus adat ini. Kemesraan antara sesama jiran pun hanya berkala sahaja... Itulah sedikit cerito lamo...lamo tapi penuh berpeistiwa..










Saturday, October 18, 2014

Keladi Layau - Siput Kijing


 

Sumber sayuran orang kampong dulu2.

Lama tak menulis tentang cerita saya masih kanak-kanak lagi. sekitar hujung 50'an dan 60'an. Malaya baru lepas merdeka, kini saya dah masuk kelab warga emas. Perjalanan kehidupan yang merentas zaman. Generasi sekarang pun dah tahap Y. Saya anak-anak yang dilahirkan zaman "baby boom".

Sawah padi yang tak dijadikan lagi....

Zaman "baby boom" sekitar  penghujung tahun40'an hingga 60'an. Zaman lepas perang dunia ke-2, bila Jepun kalah dan blok nazi Jerman juga roboh. Walaupun dunia mula kembali aman. Tetapi Malaya atau Tanah Melayu belum aman lagi. Bila Jepun kalah dan balik kampung mereka di Jepun mulalah masa'alah lain pulak datang. 

 Parti komunis menjadi masa'alah kepada Tanah Melayu. Yang British ini pulak bila Jepun kalah,datang balik menjajah Tanah Melayu. Maka bermacam-macam lah perkara berlaku. Komunis semakin berani, membunuh, membakar dan macam hal dilakukan untuk menggugat pentadbiran British di Malaya. Askar Melayu mula ditubuhkan bagi melawan balik komunis bersama dengan tentera  British. Macam2 bangsa askar ada di Malaya masa itu, askar British, Australia, Gurkha, Fiji dan banyak lagi.

Menjala Ikan di Sungai Jempol..

Maklumlah penjajah datang itu pun banyak sebab musababnya. Selain dari Empayar British yang kuat pada masa itu, masih belum puas merampas dan memunggah segala sumber hasil bumi di Tanah Melayu. Getah dan Biji timah lah yang mereka labakan, hingga dibawa masuk ke Tanah Melayu pekerja dan buruh dari tanah besar Cina dan India. Orang India bekerja di estet dan Cina dilombong. Mereka datang sejak awal British menjajah pada akhir abad ke 18 lagi. Selepas perang dunia kedua tamat bertambah ramai lagi datang.

Bangsa Cina yang telah datang dari awal lagi telah mula bersatu dari kumpulan yang kecil2 bekerja dilombong bijih dan berniaga menubuhkan kumpulan2 haram diantara mereka dan ini semakin kuat kesatuan mereka dari masa ke semasa.

Orang melayu sekitar tahun 50'an masih belum teguh bersatu, memang ada persatuan orang Melayu Islam mula bersatu dengan aliran masing2.

Salah satu hobi saya, bercempera di Sungai Jempol

Tak mahulah saya nak ulas panjang tentang kesatuan melayu. Namun yang pastinya, orang Cina lebih berpadu dalam kesatuan mereka. Mereka lebih berpengaruh dan pandai memainkan emosi dikalangan mereka. Sikap mereka yang lebih mesra dengan British membuatkan mereka bangsa yang disenangi oleh orang putih masa itu. Pelombongan bijih timah semakin giat dilakukan oleh penjajah dengan orang Cina yang telah ramai menjadi taukeh2 besar. Ramai dikalangan orang Cina yang ada pelajaran dari tanah jajahan British di Hong Kong mula datang memulakan pelbagai aktiviti perniagaan ditanah Melayu setelah perang dunia ke-2 tamat. 

Di zaman akhir tahun 40'an hingga 50'an ini mulalah ada dikalangan anak2 bangsawan melayu mula belajar diluar negara dengan tertubuhnya kolej melayu kuala kangsar. Tak ramai, hanya anak2 bangsawan dari kalangan anak2 raja dan pembesar2 melayu ketika itu. Peranan Raja2 melayu amat terbatas ketika itu, pergaduhan dan selisih faham dikalangan mereka pun begitu hebat,kerana kuasa dan sikap ingin bersekongkol dengan penjajah.

Saya rasa tangguh dulu cerita dan peristiwa ketika era takluk Jepun dan Ingerris datang lagi. Tangguh dulu......baik kita cerita bab tangguk...

Gambar ini digelar tangguk oleh orang dulu2.  Tangguk ni berbentuk yang serupa je, cuma dulu tangguk dibuat dari bahan semula jadi, jalannya dikait sendiri dan bingkainya diraut dari rotan yang diambil dari hutan berhampiran rumah.

 
Tangguk Ikan...berguna kalau nak tangkap Ikan semilang, yang menyuruk.
Tangguk digunakan untuk menangkap ikan ketika musim menuai padi hampir tiba. Dulu semua orang bersawah..  menanam padi. Tak ada padi tak ada beras. Jadi, bila air didalam sawah mula di keringkan agar kita mudah melakukan tuaian padi bila masak nanti. Selain mengaut ikan kedalam tangguk, digunakan juga untuk memungut ikan yang ada dalam lumpur sawah atau lopak2 di padang.

Dulu bonda...sungai belakang rumah banyak Kijing.

  Ini siput kijing namanya. Kijing boleh didapati sepanjang tahun dari tali air atau sungai dibelakang rumah saya. Dulu walaupun sungai atau tali air menjadi nadi dan sumber air buat bertani. Bila tiba musim menanam padi air sangat penting untuk pertumbuhan benih padi yang di semai. Setelah di ubah kedalam lopak sawah lagilah banyak air yang diperlukan. Air yang bersih dan tidak tercemar menjadi indikasi kualiti padi masa itu. Air begitu banyak dan sentiasa mengalir deras di Sungai Jempol. Jadi tak heranlah segala bentuk kehidupan didalam air begitu banyak. Kijing sejenis siput yang hidup didalam air yang bersih yang mengalir. Kami selalu pungut kijing, selalunya selepas hujan. sekali pungut boleh dapat sampai setengah tin minyak tanah, lebih kurang 5-6 kilo sekarang..dulu kira kati. Memang cukup buat lauk, satu dua hari. Kadang kala dibuat gulai lemak cili padi, atau di goreng berlada sahaja. Jadi kami selalulah menjadikan kijing sebagai sumber protin keluarga kami yang ramai. 

Kijing memang mudah dan banyak terdapat masa itu, pungutlah banyak mana pun, tak pernah putus hasilnya, hanya kami anak2 yang lelaki perlu menyelam sambil memungut kijing didasar sungai atau juga bonda air. Kadang guna tangguk atau sauk rotan dengan cara menyauk lumpur dan pasir didasar sungai. insya allah tiap kali di sauk pasti ada kijing yang tertangguk.

Namun, kijing semakin kurang dan pupus, bila kerajaan mula membina saluran air yang moden bagi mengalakan raayat, menanam padi - 2 kali setahun, bagi mendapatkan hasil yang lebih. Cara penanaman, pengunaan baja dan racun menjadi titik mula kepupusan siput kijing, 

Itulah pengorbanan permodenan dalam sektor pertanian, sungai menjadi tercemar dengan racun dan baja kimia yang digunakan bagi penanam padi 2 kali setahun. Maka pupuslah siput kijing dan hidupan sungai...kerana pencemaran...zaman tu manalah orang kampong tahu bab-bab pencemaran. Cuma mereka begitu tertarik dengan penanaman padi 2 kali setahun, nanti hasil bertambah. Nanti dapat jual padi bagi menampung perbelanjaan keluarga.