Monday, August 31, 2009

Menyambut Merdeka -Tahun Tahun Pasca Merdeka

Terkenang saya tahun-tahun awal pasca merdekanya negara Malaysia yang dicintai ini. "Pasca" inipun bahasa baru, dulu tiada siapa yang tahu erti perkataan ini. Ertinya sama seperti "selepas" atau sama saja dengan bahasa inggeris "post". Tahun-tahun selepas merdeka memanglah tahun-tahun yang paling mencabar dalam sejarah negara. Sudah 52 tahun negara ini merdeka terlepas dari belenggu penjajah dari pelbagai bangsa sejak dari kesultanan melayu Melaka. Maka pada tanggal 31 Ogos 1957, bebaslah negara ini dari bermacam rupa penjajahan. Hari ini hari ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 52. Kalau diibaratkan seorang insan telah mula menjejak usia emas yang pastinya telah matang dan dewasa dalam menangani pelbagai rupa bentuk cabaran, onar serta duri dalam menjejaki usia sebegitu.
Pada awal tahun2 kemerdekaan keperitan dan kepayahan dalam menempuh hidup menjadi satu cabaran buat raayat yang baru merdeka. Memang keadaan begitu susah, daif dan raayat berkeluh kesah dalam menempuhi kesukaran hidup. Yang ada cuma kemerdekaan dari penjajahan. Ada yang mengeluh, malah ada yang mahu semula negara dijajah oleh inggeris ketika itu, kerana merdeka membawa derita bagi mereka yang berjiwa kecil dan berfikiran singkat.Sememangnya bila negara diperintah anak watan usaha bagi membangunkan negara dan menaik taraf kehidupan raayat menjadi tanggungjawab yang paling utama.
Malah usaha pemerintah dalam memajukan raayat dan negara dalam bidang yang pelbagai seperti pelajaran, ekonomi,kesihatan, sosial dan keselamatan menjadi titik tolak utama bagi menjadikan kemerdekaan lebih bererti dan bermakna.Itu dari segi keutamaan membina kemajuan luaran yang zahir yang tampak dipandang mata, pembangunan jiwa merdeka pula mesti dibina bersama bagi meningkatkan jati diri raayat dalam meniti erti kemerdekaan yang hakiki.Perpaduan dikalangan raayat terus dipupuk terutama diantara mereka yang berbilang kaum, keturunan dan kepercayaan. Bukanlah satu kerja mudah sebenarnya.

Bedanya menyambut kemerdekaan ditahun-tahun awal pasca merdeka begitu ringkas dan ala kadar sahaja.
Membina jiwa merdeka dan sayangkan negara dengan mengusahakan perpaduan diantara kaum menjadi keutamaan kerajaan yang memerintah. Suasana negara yang masih lagi dalam tidak tenteram menjadikan usaha kearah itu menjadi lebih payah dan memerlukan kesungguhan yang bukan sedikit dikalangan pimpinan negara. Masih segar lagi di-ingatan bagaimana perlakuan ganas komunis masih lagi menjadi ancaman kepada negara baru ini. Komunis yang majoritinya di dokong oleh kaum berbangsa cina, terus mengugat dan menggangu kemerdekaan yang baru di tempa. Masih ada lagi dikalangan bangsa cina yang tidak berpuas hati dengan kemerdekaan yang dicapai, lebih lagilah bila pimpinan negara majoritinya di kuasai oleh bangsa melayu anak pribumi dan kaum majoriti dinegara ini. Malah jika di halusi ketidak puasan ini masih lagi bertapak dihati mereka sehingga hari ini. Walaupun keadilan dan sikap tolak ansur dalam menangani kemelut antara kaum menjadi pegangan utama pimpinan negara. Merdekanya negara adalah kebebasan buat raayat mengecapi segala kemewahan dan mencari kehidupan. Sehingga hari ini, kaum cina terus menguasai ekonomi, ini jelas menunjukan sikap toleransi dan rela hati bangsa melayu untuk tidak merasa cemburu. Tetapi malangnya sikap sebegitu tidak merata dikalangan kaum cina dan india bila melihat sedikit kelebihan dikalangan anak pribumi. Seolah-olah digambarkan kaum cina dan india sebagai minoriti yang tertindas. Jadi kemelut ketidak sefahaman, unsur chauvinistik serta titik pertembungan kehendak sesuatu kaum dan idealogi masih lagi ada dikalangan raayat dinegara tercinta ini.

Bendera Malaysia "Jalur Gemilang" diatas mengingatkan kita semua, akan kebebasan serta keamanan yang masih kita kecapi sehingga detik ini. Jangan nanti kita kehilangan ketenangan kerana sikap kurang tolak ansur diantara kita.
Dewasa ini kita melihat ahli politik cenderong mengamalkan fahaman berpolitik yang melampau atas alasan negara semakin maju dan ra'ayat jelata telah pandai menilai tahap kecekapan parti yang memerintah. Alasan, kemanusian "human right", kesemarataan "equality", kebebasan bersuara "freedom of speech" menjadi slogan yang dilaungkan dalam menentang parti yang memerintah.
Undang-undang malah perlembagaan negara saban hari diberi tafsiran baru berlandaskan pemahaman idealogi2 diatas.Kita kadang kala kecewa dengan sikap ahli2 politik yang tidak menampakan kebijakan dalam berhujah.Hampir saban hari di parlimen bila bersidang, ahli politik hanya berhujah atas kepentingan untuk parti yang mereka wakili, tiada kesungguhan dalam melestarikan keadaan hidup raayat jelata. Hampir semua hujah menjurus kepada kepentingan kaum2 yang mereka wakili.
Hambarnya peranan wakil raayat di parlimen dengan bantahan2 yang tiada alasan yang baik atau cadangan yang bernas. Mereka yang bercakap lebih itu tentunya ada latar belakang pendidikan undang2 yang membolehkan mereka mentafsir dan memutarkan belitkan fakta2 untuk kepentingan parti dan kaum sendiri. Kebanyakan wakil raayat dan ahli parlimen berkelulusan undang2 ini, berhujah seolah-olah mereka di mahkamah malah kita lihat peranan mereka yang sepatut menjurus buat mengubal undang yang baik untuk raayat dan negara menjadi perdebatan yang berbau perkauman melampau.
Jadi janganlah kita mudah terpedaya dengan permainan orang politik, lebih2 lagi parti2 politik yang belum pernah lagi menampakan jasa dan baktinya kepada raayat serta negara. Tiada siapa boleh menafikan kemajuan serta kemodenan yang telah dicapai semenjak merdeka. Persoalannya adakah raayat bersedia menukar parti yang sedia memerintah dengan parti politik yang kononnya berdasarkan kepada keadilan yang mana beberapa negeri yang diperintah pun dalam situasi yang semakin kalut. Perlakuan ahli politik mereka menampakan belang sebenar, akan sikap prejudis dan perkauman yang amat berbahaya kepada keamanan negara.
Dulu2 bila tiba hari ulang tahun kemerdekaan tiada tv untuk kita mendengar ucaptama hari kebangsaan oleh seorang Perdana Menteri. Hanya radio jenis lama sahaja dapat kami mendengar ucapan penuh dengan nasihat dan dorongan dari seorang Perdana Menteri melalui corong-corong radio.Ini jugalah rupanya radio ditahun 60'an, semuanya di impot dari luar negeri. Jenama seperti "Grundig", "PYE", "Phillip", "Kenwood", "Pioneer" dari Jerman dan negara Eropah yang lain menjadi pilihan-tiada Sony atau Toshiba pada masa itu.
Itulah yang ingin bersama kita ingatkan kepada semua, berhati-hatilah dalam mendengar cakap dan bahasa orang politik. Sudah lebih 50 tahun negara merdeka,taraf kehidupan ra'ayat terus maju walaupun selalu ditandingkan dengan Singapura yang lebih maju. Sepatutnya kita mengukur kemajuan dalam segala segi, malah Malaysia bukan negara yang daif pun malah hampir setanding dengan negara maju yang lain. Keamanan yang kita kecapi sepatutnya juga dijadikan kayu ukur kemajuan itu sendiri.
Kalau mengikut falsafah barat, perubahan perlu untuk menjadi lebih maju. Soalnya apakah tiada perubahan selama ini? Perubahan untuk kebaikan memang mudah untuk dikatakan, tetapi melaksanakannya satu cerita lain. Selalu ra'ayatlah yang menderita bila orang politik menjadi gila meroyan untuk memegang tampuk kuasa.
Jadi ra'ayat Malaysia tidak sebodoh itu!!!

2 comments:

Blues Riders said...

salam singgah dan salam perkenalan.

Florist at Klang said...

inilah perkara sejarah yang kita tak patut lupakan.