Tuesday, April 15, 2014

"Siang ke-Tepi , Malam Ke-Tengah"

Lama dah tak buat posting di blog saya ini, lama sangat dah... 5-6 tahun berlalu. Tiba2 hari ini teringat blog yang banyak mengimbau kenangan lamo. Kisah dan tauladan masa dulu-dulu, kisah kehidupan yang penuh dengan bermacam bentuk pengalaman yang terus mendewasakan saya yang semakin tua ini. Yang saya maksudkan dewasanya jiwa dan pemikiran, tubuh badan zahirnya sememangnya dah pun berusia emas. Tak lama lagi dapatlah konsesi tambang naik komuter - banyak tu 50% diskaun. Ini semua sebahagian dari rahmat Allah SWT. Jadi warga emas, orang lama kata orang sekarang baru dapat merasakan kenikmatan yang bersifat dunia ini. Nanti pergi Kuala Lumpur RM3 je, balik Seremban RM3 sahaja. Lumayan lah tu buat saya yang dah masuk club 6 series ini. Balik pada perkara tadi, entah kenapa tergerak nak menulis dekat blog pusaka ini.
Bukan apa hari ini Seremban dibasahi hujan yang sangat lebat dengan dentuman guruh dan kilat sambung menyambung pada sebelah petang hampir masuk waktu Solat Asar. TUP.......kuasa letrik terputus sebaik sahaja letusan petir yang sangat kuat. Siliau mata dengan kilat " shooting ground" nya. Itulah jenama kilat yang kerap kita di Malaysia menghadapi. Satu lagi dipanggil kilat " shooting cloud". Itulah kata orang yang ahli dengan bidang ini. Saya angguklah dan guna pakai kat sini. Yang "shooting ground" tu bahaya kepada kita yang berada dibumi.

Ini lampu gas, kena pam,mentol kain, minyak tanah.

Kadang2 tak payah ahli saintis yang membenarkan, dulu tuk dan uwan juga mak dan abah pun selalu pesan, bila kilat atau petir jangan duduk tempat lapang, jangan berteduh bawah pokok, jangan pakai payung dalam rumah. Itu nasihat tahun 50'an dan 60'an. Manalah atuk dan Uwan tau semua tu.....tetapi itulah hakikatnya yang mana para ahli sain pun menasihati yang macam itu juga....banyak tahu nya orang dulu-dulu.
Yang "shooting cloud" tembak awan ke awan tu tak ada bahaya pada manusia, tetapi jarang pulak berlaku di Malaysia, yang bahayanya kapal terbang, kalau kena sambar oleh "shooting cloud" macam2 boleh berlaku.

Teringat pulak MH370...kita doakanlah bersama kebaikan dan kesabaran buat keluarga mereka. Amin.

Lari tajuk dah saya ni....balik pada mula cerita. Letrik tidak ada, anak bujang yang dua orang tu, ngomel, rungut-rungut api tak ada. Tak boleh buka wifi, Assignment banyaklah api tak de pulak.....saya senyum je...mak we saya pun senyum je.....Mak we tu isteri saya, jangan ingat lain pulak. Alah baru kejap tak ada api dah merungut...kata isteri saya.
Alah, kita dulu tak ada letrik, belajar juga...kata isteri saya. Jadi orang juga mak bapak kau orang ni. Sabarlah, nanti adalah tu...tegur isteri pada anak2. Saya senyum je....teringat masa tahun 60'an dulu mana ada letrik, tiang letrik pun tak ada. Teringat teka-teki yang paling relevan masa dulu-dulu, bunyi macam ini:
" Siang ketepi, malam ketengah" Apa Dia.....jawab.....pelito lah!!!
Betul tak, bila siang simpan ditepi dinding atau atas almari, bila malam dah tentu tengah ruang rumah. Macam tu lah zaman 50'an,60'an dan awal 70'an. Kalau keluarga yang ada sedikit tu, adalal lampu pam gas minyak tanah, itu sekadar 2-3 jam je di nyalakan sekitar waktu Magrib dan Isyak. Lepas tu padamkan...tidurlah. TV tak ada...kalau ada pun layan radio transistor "Philip" sampai lelap mata.
Dulu pelita dirumah saya bentuk macam nilah..
"Siang ketepi, Malam Ketengah" Apa dia?
Inilah dia....Pelita.
Yang paling manis, bila nak datang musim peperiksaan " Examination Time". Jangan tak cayo... Kami dulu bahasa orang putih ni berabok....maklumlah arwah abah....hantar saya sekolah orang putih....orang kampung tapi otak dia global. Malah hampir semua adik-beradik sekolah orang putih...hebat orang dulu2....very forward looking...itu abah saya lah. Orang lain saya tak tahu.
Yang paling terkenang sangat bila nak menduduki "senior cambridge" . Susah nak pass...maklumlah yang menilai ...University Cambridge...O..level tu...Tough...susah..tough,tough nak dapat gred baik. Boleh bilang jari je. Whatever... "when the going gets tough, the tough get going"  amacam paham tak? Kalau tak paham pergi tanya teacher bahasa inggeris sekarang....komen lebih teacher sekarang tak mau lah saya...orang lamo baik duduk diam.
Kerana " tough nya SC" kena belajar sungguh-sungguh, mano ada api letrik nak ulang kaji pelajaran. Pelito lah teman sejati sampai tengah malam, memberi terang untuk baca buku dan buat latihan.Besok bangun pagi sebelum pergi sekolah mandilah...dan kena cek lubang hidung.....berjelago...dek asap pelito. 
Itulah pahit maung kehidupan, anak-anak jangan lupa diri...baru kejap tak ada api...dah menrungut-rungut.
Sabarlah....kejap nanti TNB betulkan...tak kan TNB nak rugi...dio lagi suka orang pakai banyak api letrik..Banyak untung TNB dapat.....untung banyak pun kadar naik juga....sabar je lah...

No comments: