Saturday, September 2, 2017

Dapur Minyak Tanah - Dapur Kayu

Tiada nilai sebenar..hanya nilai satu koleksi dan nilai estestika bagi mereka yg tahu menilai...terpulang kepada yang pernah mengalami serta menyelusuri kehidupan semasa mengunakannya.  Dapur minyak tanah jenama kupu2 atau "butterfly" ini amat popular pada tahun2 60'an sehingga awal 70'an. Jika anda ada ketika itu, mungkin anda telah berumur lingkungan 50'an atau mungkin 60'an sekarang. Ini lebih mudah buat menilai persepsi atas nilai nostalgia dan estestikanya.

Dapur Minyak Tanah - Cop Kupu2 "Butterfly"  satu Tungku,
 Secara umumnya...tahun2 60'an sehingga awal 70'an..adalah satu dekad masa yang sukar dan susah di Malaya. Selepas merdeka 1957 hingga 1963 masih Malaya lagi. Kehidupan memang perit, hampir semua yg tinggal diluar bandar menamam padi, dan bercucuk tanam, Bagi mereka yang dibandar adalah mereka yg berniaga dan makan gaji dgn kerajaan. Hampir tiada kilang di bandar ketika itu. Kalau Kuala Lumpur hanya meriah dgn kereta jenis dulu2 seperti Austin, Minor, Peugeot, Bluebird, Volkswagen, lori seperti bedford, luton, kebanyakannya dari eropah. 

Kalau dapur, yang ini amat popular dikawasan luar bandar dan berek2 kerajaan bagi pegawai rendah kerajaan.  Yang berpangkat dalam kerajaan selalunya disediakan secara percuma, jenama seperti, Lux, Electrolux, Zanussi, Kelvinator, Eropa, Philip, itu yg ada selalunya dijana elektrik.

Dapur minyak ini hanya untuk kakitangan rendah, yang dijana dengan minyak tanah. Dulu minyak tanah walau pun di import harganya cuma 10 sen sekati atau sebotol besar -berat isi dalam kandungan 1 liter sekarang. Namun dikira mewah jika dapur ini digunakan dikawasan luar bandar. Cuma ini memberi sedikit keringan buat ibu atau emak yang memang tugasnya memasak. Itu pun kalau anak tidak ramai, kerana sukarnya mencari nafkah memiliki dapur minyak bolih dikira keluarga itu agak sedikit senang. Namun jika anak2 nya ramai..perlu masak lebih ...dapur kayu tradisi masih juga diperlukan. Harga ketika sekitar Malayan Dollar 40 bagi satu tungku dan sekitar Malayan Dollar 70-80 bagi yang dua tungku. Itu pun dikira mewah dan mahal. Nilai wang memang besar pada dekad itu, namun wang begitu sukar diperolihi. 

Jenis 2 Tungku, yang emak pakai dekad awal 60'an. Tetap juga jenama Kupu2
"butterfly" 
Bagi ibu saya, dapur ini sekadar ' nampak ada sahaja", kami ,mengunakan jenis yang "berkembar" ada dua tungku dan botol minyak letak ditengah2.

Ibu atau emak saya lebih selesa dgn dapur kayu biasa. Maklumlah anak ramai, pagi kesawah kalau tak kebun, selalunya, sambil membersih kebun, kami mencari serta memungut dahan2 pokok getah yang kering atau mati, untuk dibawa pulang dijadikan bahan membakar untuk memasak.Hanya menjadi perlu bila tiba musim hujan, walaupun bahan bakar seperti kayu ada juga dikumpulkan dibawah rumah..namun bila musim hujan atau tengkujuh yang berpanjangan simpanan yang dibuat tidak cukup. Dapur minyak tanah inilah yang dapat memberi sedikit keringanan.

Namun dapur kayu tetap juga menjadi pilihan jika tinggal di kampong.
Yang membuat dapur ini begitu dekat dengan hati, kerana sayalah yang selalu membersihkan, membaiki, malah mengecatnya bila ada karat2 mula timbul. Arwah emak begitu memahami diri saya, yang sememangnya - "lesek tangan" atau dikenali yang suka dengan kerja2 membaiki dan selenggara apa sahaja alatan ketika itu. Saya lah "handyman" dirumah ketika kecil sehingga remaja ketika berkesempatan dekat dengan keluarga. 



Itulah antara kenangan pada dekad2 60'an dan 70'an. Pada mereka yang masih ada dapur minyak tanah ini, akan lebih terkesan dengan kenangan lama, kehidupan yang merencah kedewasaan, mengenal erti kepayahan dalam menerusi kehidupan dinegara  yang baru  merdeka. Jadi tiada nilai sebenar dengan dapur tanah ini...terpulang bagi sesiapa untuk menilainya. Bagi saya sudah pasti tidak menjualnya....biar dilihat anak2 cucu...payahnya emak dalam membesarkan anak2... bermain api dapur minyak tanah, berjelaga hidung dan campur baurnya bau gulai masak lemak cili api dengan asap minyak tanah.

Antara kenangan zaman remaja.

No comments: